Jalan -mesti ke hadapan


Jalan-jalan cari MC

Dalam saya dan orang lain sibuk dengan persiapan bengkel melibatkan 100 orang pegawai kumpulan pengurusan dan professional yang dijadualkan pada 29-30 Ogos ini (dapat tahu nak kena anjur tu dua hari lepas, boleh ? ), pagi-pagi tadi saya dapat panggilan dari salah seorang staff saya (kumpulan sokongan).

Staff X : Cik M, saya rasa hari  ni saya nak MC lah.

Saya: Aik, MC pun boleh main rasa-rasa?

Staff X: Err, saya cakap macam tu sebab saya takut tak dapat MC.

Saya: Tak dapat MC, makna dia sihat la. Kena la datang keja.

Staff X : Macam ni Cik M. Sakit saya ni tak nampak. Saya tension dan sakit hati dengan YYY (bukan nama sebenar). Semalam saya bergaduh dengan dia. Jadi saya tension. Duduk pulak sebelah-sebelah, lagi la saya rasa tak mau mai keja. YYY tu, sikit-sikit cari salah saya. Orang lain buat salah , dia tak tegur pun. Awat yang kalau tang saya ni nampak sangat?

Saya: Amboi.. macam tu tak boleh la. Asal tension saja, tak mau keja. Banyak ni keja kat opis dok tunggu. Perkara yang YYY tegur tu betoi ka dak? Kalau betoi, tak salah la dia tegur. Tapi pasaipa Kak X saja yang dia tegur tu, betoi ka Kak X ja? Saya rasa dia tegur semua orang yang buat salah. Mungkin ada yang dia tak nampak. Kak X dok sebelah dia, memang dia nampak la. kalau dia tak tegur, nanti orang lain kata kat dia pulak, mentang-mentang dok sebelah, pejam mata saja.

Staff X: Saya tak boleh pandang dia Cik M. Saya nak minta tukar. Tak pa la, besok saya bagi MC dekat Cik M.

Klik* Talian putus.

Saya nak marah dan naik hairan tu sama banyak; macam ni punya staff pun boleh wujud .

Hmm.. kalaulah mengambil konsep yang dia pakai tu, asal tension saja –> cuti, maka mengambilkira situasi saya sejak bertugas di sini, mungkin habis cuti tahunan saya untuk tahun ni dan juga tahun depan untuk cover perasaan tension yang saya rasai. Huhu